CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages

04 December, 2011

Jom kita buat kuda kepang

TAJUK :BONEKA KUDA KEPANG
TEKNIK : KOLAJ  

LANGKAH 1 bahan-bahan : sediakan kertas warna dan kertas bercorak, gam, gunting dan pensil.











LANGKAH 2 lukiskan rupa bentuk kuda kepang di atas kertas macam nih..!!











LANGKAH 3 guntingkan rupa bentuk kuda kepang yang kita lukiskan tadi...gunting hati-hati ya.












LANGKAH 4 Gunakan kertas warna atau kertas bercorak untuk dilekatkan di atas badan boneka kita ni..kalau tak ada kertas warna kita gantikan dengan tisu ke..kulit telur ke...atau apa-apa bahan yang sesuai..lakukan seperti gambar di bawah ni.... lekatkan mengikut citarasa/kreativiti masing-masing... lekat bagi kemas tau...kenapa kena bagi kemas???? sebab hasilnya nanti akan bertambah menarik dan bersih...










 
 
 
 
 
 
 
 
Langkah 5 Dah siap pun teknik tampalan kolaj kita ni seterusnya sediakan pita pelekat,lidi/chopstik/pensil.












LANGKAH 6 Terbalikkan kuda kepang tadi, letakkan liidi/chopstik/pensil seperti gambar ni, selepass itu gunakan pita pelekat dan lekatkan seprti gambar...

 






 
 
 
 
 
Dah siap.... cantikkan...~Selamat Mencuba~

Boneka 'cute tiger' aauummmm....

langkah 1 gambar harimau














Langkah 2 gambar tapak kaki harimau













Langkah 3 sedaiakan alatan seperti sampul surat, gambar harimau dan tapak kakinya, gam, gunting, stappler, krayon dan pen marker.














Langkah 4 warnakan harimau dan juga sampul surat (sampul warnakan seperti warna belang harimau)setelah selesai mewarna guntingkan bahagian muka, tapak kaki dan ekor sama dengan gambar.















Langkah 5 dah habis gunting semua sampah-sampah yangg kita guntingkan tadi masukkan/sumbatkan ke dalam sampul tapi ingat sampah tadi renyuk-renyukkan kalau tidak badan harimau tu nanti akan jadi leper.











Dan akhir sekali inilah hasilnya comel kan????













~Selamat mencuba~

03 December, 2011

Poster

POSTER adalah satu bentuk seni komunikasi. sebagai alat perhubungan dan pengiklanan.
ia juga berfungsi sebagai alat pengumuman, pemberitahuan dan untuk mempromosikan sesuatu barang atau perkhidmatan.
poster yang berkesan perlulah dapat menarik perhatian pembaca serta dapat menyampaikan mesej dengan jelas, cepat dan berkesan.

Ciri-ciri Poster yang baik
1. Menyatakan mesej secara efektif lagi mudah
2. Menarik perhatian audien
3. Mesej yang ringkas, mudah difahami
4. Mempunyai keterbacaan yang terbaik

Jenis-jenis Poster
1. Notis
2. Poster Berilustrasi

Notis
* Merupakan poster yang tidak mempunyai ilustrasi
* Ia hanya mengandungi susunan
* Muka taip yang memberi maksud atau mesej tertentu


Poster Berilustrasi
* Ilustrasi bermaksud lukisan untuk memperjelaskan sesuatu seperti memberi keterangan, mesej dan sebagainya.
* Ilustrasi yang baik akan memberi kesan kepada orang yang mengamatinya














Elemen-elemen yang terdapat di dalam poster
1. Tipografi
2. Imej
3. Warna

Tipografi
Pemilihan sesuatu imej ( ilustrasi, lakaran atau gambar foto ) yang menari dalam visual memberi kesan yang menarik kepada poster, namun demikian poster tidak akan lengkap tanpa tipografi ( huruf/muka taip) yang memberi penerangan atau maklumat.











Imej-Ilustrasi
Imej ialah bentuk gambaran yang menceritakan konsep atau mesej yang penting. ia disampaikan secara ilustrasi, catan, lukisan, lakaran, foto dan sebagainya.

Hasil Kerja Murid Tahun 1

  Bidang : A. Menggambar
Aktiviti : Kolaj
Alatan/ Bahan : Kertas Lukisan,
kertas surat khabar, pensil warna dan gam



Bidang : B.Mencorak
Aktiviti : Renjisan
tahun 1 - DSV - KSSR
Alatan/ Bahan : kertas lukisan,
warna air, berus @ span
Media : Basah

                                          
 Bidang : C. Membentuk dan Membina
Aktiviti : Membuat kotak
Alatan/ Bahan : Kertas Lukisan berformat,
pensil warna, gam dan gunting



 
 Bidang : D . Mengenal Kraf Tradisional
Aktiviti : Anyaman mudah
Alatan/ Bahan : Kertas Lukisan berformat anyamam,
gunting, gam dan pensil warna

Sukatan Pelajaran pendidikan Seni Visual

www.scribd.com/doc/494908/Seni-Kurikulum-Bersepadu-Sekolah-Rendah

02 December, 2011

Pengenalan Pendidikan Seni Visual

PENDAHULUAN


Pendidikan Seni Visual menggantikan nama Pendidikan Seni yang terdahulu. Perubahan ini dirasakan lebih sesuai kerana dalam hubungan seni di sekolah, Pendidikan Seni Visual lebih menjurus kepada seni tampak atau visual, dan tidak merujuk kepada seni lain seperti seni muzik, seni sastera, seni tari dan seni mempertahankan diri. Pendidikan Seni Visual bertujuan memberi peluang kepada murid memupuk minat, memperkembang keperibadian, memberi kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan mata pelajaran lain.Murid di sekolah rendah pada keseluruhannya adalah kreatif, ekspresif dan aktif. Pendidikan Seni Visual memainkan peranan memperkembang sifatsifat ini melalui persepsi visual, imaginasi dan daya pemikiran. Kegiatan pemikiran, penerokaan dan reka bentuk dalam pelbagai jenis seni visual akan membolehkan mereka menyatakan idea dan ekspresi diri. Pengalaman ini penting kerana ia membantu murid membina keyakinan diri, membuat penilaian dan mengenali cita rasanya sendiri. Pendidikan Seni Visual sekolah rendah menyarankan strategi pembelajaran yang bersepadu dalam mata pelajaran ini dan antara mata pelajaran lain. Pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan dengan aktiviti kemahiran befikir secara kritis dan kreatif (KBKK). Murid digalakkan menyimpan rekod pengalaman pembelajaran dan hasil kerja sendiri. Amalan ini akan melatih murid membuat analisis, sintesis dan refleksi terhadap pembelajarannya untuk faedah sendiri. Setiap murid mempunyai pelbagai kecerdasan seperti ruang visual, kinestetik, interpersonel dan intrapersonel. Sifat ini amat penting untuk membantu murid berkarya, berkomunikasi dan mengukuh koordinasi pancaindera secara seimbang. Proses ini menjadikan pembelajaran lebih berkesan dan bermakna.

MATLAMAT

Matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah adalah untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

OBJEKTIF

Setelah mengikuti Kurikulum Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah
murid boleh:
1. menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan,
2. melibatkan diri dalam kegiatan seni visual secara aktif, kritis, kreatif dan meyeronokkan,
3. menajamkan daya persepsi dan imaginasi melalui pancaindera,
4. mengenali asas seni reka dan olahan serta dapat menggunakannya,
5. mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagai kegiatan seni visual,
6. membiasakan diri membuat rekaan seni dengan teratur, cermat dan selamat,
7. memupuk nilai-nilai kerjasama, yakin diri, disiplin diri dan bertanggungjawab,
8. mengenal dan menghargai tokoh seni dan budaya tanah air,
9. menggunakan kemudahan teknologi dalam kegiatan penghasilan seni  visual, 
10.melibatkan diri dalam kegiatan seni visual sebagai aktiviti kesenggangan yang berfaedah.

KANDUNGAN 
Sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah disusun dalam empat bidang kegiatan iaitu: 
1. Menggambar
2. Membuat Corak dan Rekaan
3. Membentuk dan Membuat Binaan
4. Mengenal Kraf Tradisional 

Setiap bidang ini menekankan keempat-empat aspek iaitu pemerhatian secara aktif, interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan, apresiasi seni visual serta menghargai nilai baik. Pengajaran akan dilakukan secara bersepadu.

1. MENGGAMBAR

Bidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran serta kemampuan murid terhadap aspek melukis serta kegiatan membuat gambar dengan pelbagai media dan teknik yang menekankan aspek ruang, struktur, imbangan dan komposisi. Antara kegiatan dalam bidang ini ialah:

1.1 Lukisan
1.2 Catan
1.3 Kolaj
1.4 Montaj
1.5 Cetakan
1.6 Resis
1.7 Gosokan
1.8 Stensilan
1.9 Percikan
1.10 Gurisan
1.11 Capan
1.12 Mozek
1.13 Poster

Bidang ini menekankan perkembangan imaginasi, kreativiti dan ekspresi diri. Kegiatan menggambar merangkumi penerokaan kesan seni serta mengenali pelbagai alat, bahan dan kegunaannya. Kegiatan menggambar akan memperkenalkan pelbagai kemahiran asas dan teknik dalam proses rekaan. Kesedaran melalui pemerhatian alam persekitaran menjadi fokus kegiatan menggambar. Kegiatan ini dapat  memperkembangkan persepsi visual murid dan kesedaran terhadap asas seni reka seperti warna,garisan, susunan dan kesannya. Ini akan membolehkan murid menyelaras apa yang dilihat dan dialami dengan apa yang dilakukan melalui gubahan. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita.

2. MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

Bidang kegiatan ini memberi peluang kepada murid memahami pelbagai cara untuk menghasilkan corak dan mengaplikasikannya menjadi suatu rekaan lain. Corak dan rekaan tersebut boleh juga dipadankan kepada manamana hasil daripada bidang kegiatan lain seperti binaan, kraf dan sebagainya. Corak terhasil daripada pelbagai teknik dan cara. Antaranya melalui kegiatan seperti:

2.1 Corak tidak terancang secara:
2.1.1 Pualaman
2.1.2 Tiupan
2.1.3 Titisan
2.1.4 Ikatan dan celupan
2.1.5 Renjisan dan percikan
2.2 Corak terancang secara:
2.2.1 Lukisan
2.2.2 Catan
2.2.3 Cetakan
2.2.4 Capan
2.2.5 Lipatan dan guntingan
2.2.6 Resis
2.2.7 Kolaj
2.2.8 Kaligrafi

Bidang ini membolehkan murid mengenali dan mengkaji pelbagai corak dalam alam dan kehidupan seharian. Bahagian ini menegaskan kegiatan mengenal motif dan olahannya untuk menghasilkan rekaan corak tertentu. Kegiatan ini memberi peluang kepada murid membuat rekaan corak tidak terancang, corak terancang dan juga corak tradisional dengan teknik tertentu. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan
ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pergerakan, peragaan dan lakonan.

3. MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

Bidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi murid terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan. Berpandukan aspek tersebut murid dapat memahami dengan lebih jelas bila mereka membentuk dan membina sesuatu model. Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan juga mendedahkan murid dengan penggunaan pelbagai bahan, alat dan teknik penghasilan. Ini memberi peluang kepada murid berinteraksi secara kreatif dengan alat dan bahan, semasa menjalankan proses penghasilan seni.
Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan tiga dimensi merangkumi
aktiviti seperti:

3.1 Arca timbul
3.2 Asemblaj
3.3 Mobail
3.4 Stabail
3.5 Model
3.6 Diorama
3.7 Boneka
3.8 Topeng
3.9 Origami

Kegiatan membentuk dan membuat binaan memberi peluang kepada murid membuat rujukan kepada objek sebenar. Perbandingan ini akan memberi kesedaran bahawa idea dan kreativiti mempunyai fungsi dan makna. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita.

4. MENGENAL KRAF TRADISIONAL

Kraf tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan (kerja seni) yang melibatkan kemahiran kerja tangan yang memerlukan daya cipta oleh masyarakat yang diwarisi turun-temurun. Di sekolah rendah, murid diperkenalkan dengan kraf tradisional seperti:

4.1 Alat domestik
4.2 Alat permainan
4.3 Alat pertahanan diri
4.4 Perhiasan diri (ornamen)
4.5 Batik
4.6 Tekat
4.7 Ukiran
4.8 Tenunan
4.9 Anyaman
4.10 Tembikar

Bidang ini memberi kesedaran tentang adanya beberapa jenis kraf tradisional dalam budaya tanah air. Kegiatan kraf tradisional memperkenalkan fungsi, proses dan teknik membuat, alat dan bahan, motif, corak dan hiasan. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran yang merangkumi pengenalan, proses pembuatan serta mengenali tokoh-tokoh
bagi setiap bidang kraf yang dinyatakan. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita. 



Pendidikan Seni Visual..


Warna - Unsur-unsur Seni Reka
Pengenalan Warna

1. Tuhan telah menjadikan alam ini penuh dengan warna warni yang boleh dinikmati   
    oleh manusia;
2. Manusia boleh membina imej dirinya dengan penampilan warna yang tepat dan 
    sebuai mengikit situasi tertentu
3 Roda warna adalah gambaran visual warna ditetapkan mengikut hubungan warna 
   antara watu sama lain.
4. Bermula dengan posisi roda warna, warna asas mempunyai jarak yang sama  
    daripada satu sama lain, kemudian tercipta warna sekunder dan tertier.
5. Istilah-istilah ini merujuk kepada kumpulan atau jenis warna

roda warna

Jenis-Jenis Warna

Warna Asas
warna asas - merah, biru dan kuning

1. Warna asas atau warna primer merupakan warna dasar sesebuah warna
2. Warna-warna yang tidak boleh dibuat daripada campuran warna lain tetapi boleh menghasilkan warna kedua dan ketiga
3. Mempunyai kuasa yang hebat
4. Digunakan dalam penghasilan seni seperti poster, bendera, logo, lencana dan sebagainya
Warna Sekunder

warna sekunder - jingga, ungu dan hijau
1. Juga dipanggil warna kedua
2. Warna sekunder dicipta daripada campuran dua warna asas.
    
Warna sekunder = warna asas + warna asas
3. Warna sekunder ialah jingga, ungu dan hijau
     a. Jingga = merah + kuning
     b. ungu = merah + biru
     c. hijau = kuning + biru

Warna tertier
warna-warna tertier

1. Dicipta daripada campuran warna asas dan warna sekunder di sebelahnya dalam roda warna
    
warna tertier = warna asas + warna sekunder
2. Warna tertier terdiri daripada
     a. biru ungu = biru + ungu
     b. biru hijau = biru + hijau
     c. kuning jingga = kuning + jingga
     d. kuning hijau = kuning + hijau
     e. merah jingga = merah + jingga
     f. merah ungu = merah + ungu

31 October, 2011

Belajar Sambil Bermain

http://www.games.co.id/permainan_/Find-the-ABC.html

Mari Mengenal Abjad

Anda mungkin tercari-cari program yang sesuai untuk peringkat awal persekolahan ini. Jom kita layari laman web berikut. Aktivitinya sesuai dengan anak-anak didik kita. Sekurang-kurangnya adalah masa untuk kita curi masa sedikit untuk melepaskan lelah...hehehe...kita sudah cari bahan ini lebih awal, jadi tidak salahkan kalau kita berehat sekejap dari membebelkan kanak-kanak. Maklum kerja advance ni...
  1. ABC's - Click on the letter to hear its name.
  2. ABC's - Click on the letter to hear its name.
  3. ABC's - British site; the lower case D'Neilian style letters appear one at a time and the name of the letter is stated. Z is pronounced zed in Britian.
  4. ABC - magnet alphabet video
  5. ABC Video - Teach your child the sounds of letters with this online movie based on the Reading Lesson
  6. ABC Mommy and Me - Click on the letters to hear their names.
  7. The ABC Game - Pick the object that starts with the letter shown at the top of each page. This game has 10 questions
  8. The Alphabet - States the Alphabet in order. This is a British site and the Zis not called a Z. When you click on the letters across the top, you have a choice of listening to the name, listening to the sound, learning how to write the letter.
  9. Alphabet Antics - Listen to the monkey say the letter. Click on the correct letter. Three levels.
  10. Alphabet Art - A few fun mediums you can use to help your students form letters of the alphabet.

26 October, 2011

Mari Belajar ABC Dengan Apam Comel

Kalau tak suka dengan warna pink dan biru, kita tukar ke set warna hijau dan biru pulak. Lagi sekali ya anak2...ikut cikgu baca! "A"...ngapp...."B"...ngap..."C"...ngap!
OK. Mari kita belajar ABC dan 1 2 3 pulak ya! Ok anak2...ikut cikgu baca ya! "A"... (A pun kena ngap...), "B"...(B pulak kena ngap...), "C".....(ada sapa2 nak ngap ke..?)